Thursday, May 06, 2010

PENAAKULAN MANTIK : WELL-JUSTIFICATION or ANOTHER MISCALCULATION???

Di zaman dahulu dan purbakala, ada sebuah cerita, di bawah matahari terpacak atas kepala, juga angin buatan yang sedikit-sedikit sejuk rasanya, di sebuah kawasan yang agak-agak sunyi....

 
  • Ahmad, mahukan PEMBAHAGIAN antara Ali, Abu dan Amoi. Diulangi, Ahmad panggil untuk buat PEMBAHAGIAN, katanya. Nak BAHAGIKAN harta Amoi yang telah lama pergi mengembara nun jauh di sana.

  • Ali ada 1 biji bola, 1 biji guli merah dan 1 biji dadu. Beg Ali seberat 2kg. 

  • Abu dan Amoi masing-masing ada 1 biji bola dan 1 biji guli biru.... 2 biji setiap seorang, 7 biji yang terlibat kesemuanya (3 bola, 2 guli biru, 1 guli merah, 1 dadu). Beg Abu dan Amoi berat 1 kilo, dan mungkin kurang. 


FAKTA KES :
Abu dan Amoi lebih pandai main guli... tetapi Abu dan Amoi tak pandai main dadu.

 

 
KES 1
Ali akan dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Amoi), dan Abu akan dapat 1 bola + 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi) .... masing-masing akan tambah 1 hasil PEMBAHAGIAN barang Amoi.

 

 

 
KES 2
Abu tak pandai main dadu, so Ali tak boleh bagi dadu kat Abu. Oleh itu Ali akan dapat 1 bola + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi) + 1 dadu. Abu dapat 1 guli biru + 1 guli merah (dari Ali) + 1 guli biru (dari Amoi)

 

 

 
KES 3
Ali dapat 1 bola + 1 guli  merah + 1 dadu + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi), dan Abu dapat 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi).

 
 

 
Setujukah anda, jika pendeta di zaman itu mengistilahkan :

 
1. KES 1 = PEMBAHAGIAN
2. KES 2 = KONTRA/KONGSI
3. KES 3 = TAMBAHAN/KURANGAN

 
Jika anda tidak setuju, sila berikan alasan dan hujah.

 

 
REALITI
Perkara yang benar-benar berlaku selepas "PEMBAHAGIAN" itu ialah KES 3, di mana...
KES 1 = tidak berlaku
KES 2 = juga tidak berlaku

 

 

 

 
Maka, Ali bawa 5 barang + 2 kg beg, Abu bawa 2 barang + 1 kg beg...

 

 

  

 
AKIBAT :
1. Ahmad mungkin merasa telah membuat PEMBAHAGIAN, seperti yang dicanangkan

 
2. Abu lebih fokus main guli (SGT BAGUS), tapi kurang penat kerana main guli je (hmmmmm...)

 
3. Ali tak boleh tidur malam memikirkan "PEMBAHAGIAN" tersebut, terasa terawang-awangan. "Bodohkan aku?," detik hati beliau

 
4. Ali dah makin rasa malas nak bawak dan main dadu

 
5. Ali hanya teringatkan begnya yang mahal seberat 2kg tu je kerana apa-apa cara pun, beg itu perlu diisi. Kalau tak kerana tu, nak aje Ali tukar dengan isian yang lain!!!

 

 
PERSOALAN :
1. Jika anda menjadi Ali, apa yang anda rasa?

 
2. Berapa lama anda dapat bertahan?

 
3. Bagaimana anda tunjukkan reaksi dan tindakan anda?

 
4. Bagaimana anda dapat memberi/meluahkan justifikasi sebenar tanpa orang lain beranggapan yang anda tidak berkira?

 
5. Jika anda menjadi Abu, apa yang anda rasa? Jika anda menjadi Ahmad, apa yang anda rasa?

 
6. Di mana konsep "PEMBAHAGIAN" seperti yang dicanangkan oleh Ahmad kerana KES 3 yang berlaku?

 
7. Adakah situasi ini terjadi kerana well-justification, miscalculation, atau kurang arif tentang penaakulan mantik kerana ponteng masa cikgu math mengajar dulu?

 

 

 
Original editor : Fansuri (not quoted from another articel!!!)

3 comments:

juz gv ur comment....