Fan, Life & Family
Blog ini, untuk tatapan semua. Semoga ia menjadi bukti perjalanan hidup Fansuri bersama kehidupannya, bersama keluarganya, bersama minatnya, dan bersama segalanya...
Monday, November 08, 2010
10 minutes editing... gitu gitu aje
projek suka suki... edit lagu 150juta. pakai picasa je. x ngam lirik ngn slide bila upload dlm fb. tak tau nape.... nnti ada msa, nk edit pakai pinacle plak.. hehheehe
Saturday, May 29, 2010
Iris 5 Months Old
Hoh Hoh Hoh!!! Iris dah 5 bulan dah....
Perkembangan terbaru 3.30pm 29 Mei 2010, umur Iris 5 bulan 6 hari : Iris dah boleh angkat dada tinggi-tinggi (2 minggu sudah) dan dah boleh angkat punggung. Tunggu masa nak merangkak je. Tak berdebu la lantai umah aku pasni hahahha.....
Tuesday, May 25, 2010
KAIN SUTERA CREPE
Kain Sutera Crepe Untuk Dijual.... Berkualiti, Kain "Sejuk", Dan Sangat Sesuai Untuk Dibuat Beraya.... Sementara Tailor Masih Lagi Menerima Tempahan...
- Pink - 1 nos
- Hitam - 2 nos (HOT!)
- Hijau Lumut - 4 nos
- Perang - 4 nos
- Biru - 1 nos
2. Design B
- Purple - 1 nos
- Perang - 3 nos
- Oren - 2 nos (HOT!)
3. Design C
- Biru Muda - 2 nos (HOT!)
- Hijau Muda - 5 nos
- Kuning - 7 nos
- Oren - 6 nos
CEPAT, SEMENTARA STOK MASIH ADA.
JIKA KEHABISAN STOK, TEMPAHAN DITERIMA, TAPI TAK GERENTI (term & condition apply)
1 helai RM 75
2 helai RM 140
3 helai RM 210
1 helai bayar 2 kali RM 90
Sila hubungi : 019 9391235
Monday, May 17, 2010
LIAT NAK KERJA...
Huaaaa....
Malasnya nak kerja. Baru je balik bercuti dari kampung 5 setengah hari. Ari Rabu lepas, sampai pagi Isnin. Aku masuk kerja halfday hari ni (Isnin).
Kalau nak ikutkan, banyak benda aku nak masukkan cerita dalam blog ni. Tapi aku kena balik awal, sebab nak tolong bini aku kemas rumah. Kesian dia kemas sorang-sorang. Malam ni nak kuar lagi, ada urusan bisnes. Hehehe. Rindu Iris juga. Ntahla, banyak benda perlu dibereskan...
Nanti la senang-senang esok aku update. Antaranya :
a) Roti Canai, Air Free Dan Facebook
b) Kak Lang Bertunang
c) Iris & The New Toys!!! (murah rezeki betul Iris)
byk lagiii....
Chow!

Thursday, May 06, 2010
PENAAKULAN MANTIK : WELL-JUSTIFICATION or ANOTHER MISCALCULATION???
Di zaman dahulu dan purbakala, ada sebuah cerita, di bawah matahari terpacak atas kepala, juga angin buatan yang sedikit-sedikit sejuk rasanya, di sebuah kawasan yang agak-agak sunyi....
FAKTA KES :
Abu dan Amoi lebih pandai main guli... tetapi Abu dan Amoi tak pandai main dadu.
KES 1
Ali akan dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Amoi), dan Abu akan dapat 1 bola + 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi) .... masing-masing akan tambah 1 hasil PEMBAHAGIAN barang Amoi.
KES 2
Abu tak pandai main dadu, so Ali tak boleh bagi dadu kat Abu. Oleh itu Ali akan dapat 1 bola + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi) + 1 dadu. Abu dapat 1 guli biru + 1 guli merah (dari Ali) + 1 guli biru (dari Amoi)
KES 3
Ali dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi), dan Abu dapat 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi).
Setujukah anda, jika pendeta di zaman itu mengistilahkan :
1. KES 1 = PEMBAHAGIAN
2. KES 2 = KONTRA/KONGSI
3. KES 3 = TAMBAHAN/KURANGAN
Jika anda tidak setuju, sila berikan alasan dan hujah.
REALITI
Perkara yang benar-benar berlaku selepas "PEMBAHAGIAN" itu ialah KES 3, di mana...
KES 1 = tidak berlaku
KES 2 = juga tidak berlaku
Maka, Ali bawa 5 barang + 2 kg beg, Abu bawa 2 barang + 1 kg beg...
AKIBAT :
1. Ahmad mungkin merasa telah membuat PEMBAHAGIAN, seperti yang dicanangkan
2. Abu lebih fokus main guli (SGT BAGUS), tapi kurang penat kerana main guli je (hmmmmm...)
3. Ali tak boleh tidur malam memikirkan "PEMBAHAGIAN" tersebut, terasa terawang-awangan. "Bodohkan aku?," detik hati beliau
4. Ali dah makin rasa malas nak bawak dan main dadu
5. Ali hanya teringatkan begnya yang mahal seberat 2kg tu je kerana apa-apa cara pun, beg itu perlu diisi. Kalau tak kerana tu, nak aje Ali tukar dengan isian yang lain!!!
PERSOALAN :
1. Jika anda menjadi Ali, apa yang anda rasa?
2. Berapa lama anda dapat bertahan?
3. Bagaimana anda tunjukkan reaksi dan tindakan anda?
4. Bagaimana anda dapat memberi/meluahkan justifikasi sebenar tanpa orang lain beranggapan yang anda tidak berkira?
5. Jika anda menjadi Abu, apa yang anda rasa? Jika anda menjadi Ahmad, apa yang anda rasa?
6. Di mana konsep "PEMBAHAGIAN" seperti yang dicanangkan oleh Ahmad kerana KES 3 yang berlaku?
7. Adakah situasi ini terjadi kerana well-justification, miscalculation, atau kurang arif tentang penaakulan mantik kerana ponteng masa cikgu math mengajar dulu?
- Ahmad, mahukan PEMBAHAGIAN antara Ali, Abu dan Amoi. Diulangi, Ahmad panggil untuk buat PEMBAHAGIAN, katanya. Nak BAHAGIKAN harta Amoi yang telah lama pergi mengembara nun jauh di sana.
- Ali ada 1 biji bola, 1 biji guli merah dan 1 biji dadu. Beg Ali seberat 2kg.
- Abu dan Amoi masing-masing ada 1 biji bola dan 1 biji guli biru.... 2 biji setiap seorang, 7 biji yang terlibat kesemuanya (3 bola, 2 guli biru, 1 guli merah, 1 dadu). Beg Abu dan Amoi berat 1 kilo, dan mungkin kurang.
FAKTA KES :
Abu dan Amoi lebih pandai main guli... tetapi Abu dan Amoi tak pandai main dadu.
Ali akan dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Amoi), dan Abu akan dapat 1 bola + 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi) .... masing-masing akan tambah 1 hasil PEMBAHAGIAN barang Amoi.
Abu tak pandai main dadu, so Ali tak boleh bagi dadu kat Abu. Oleh itu Ali akan dapat 1 bola + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi) + 1 dadu. Abu dapat 1 guli biru + 1 guli merah (dari Ali) + 1 guli biru (dari Amoi)
Ali dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi), dan Abu dapat 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi).
2. KES 2 = KONTRA/KONGSI
3. KES 3 = TAMBAHAN/KURANGAN
Perkara yang benar-benar berlaku selepas "PEMBAHAGIAN" itu ialah KES 3, di mana...
KES 1 = tidak berlaku
KES 2 = juga tidak berlaku
1. Ahmad mungkin merasa telah membuat PEMBAHAGIAN, seperti yang dicanangkan
1. Jika anda menjadi Ali, apa yang anda rasa?
Original editor : Fansuri (not quoted from another articel!!!)
Tuesday, May 04, 2010
Hadiah Birthday Iris Ke 4 Bulan
Syukur... dah 4 bulan Iris hadir menemani hidup aku dan keluarga. Oleh kerana hepi sgt, aku belikan hadiah untuk birthday Iris ke 4 bulan... Ni je ayahanda mampu Iris sayang ye...
Syukur, isteriku suka dengan baju yang aku pilih tu... aku pilih sendiri.. brand Baby Gap.... online punya, cari kedai takde.... hehehhe
Hmmm....ada lagik.... 3 pasang stoking, dan 1 teether perisa ikan merah... hehhehe..... selamat mengunyah iris. Semoga cepat tumbuh gigi......
Saturday, May 01, 2010
Rendang Daging Nur Iris
Pada 24 April 2010, isteri ku tercinta, Wan Azwati , telah menyertai pertandingan memasak rendang sempena Hari Komuniti Bandar Putra Bertam. Cian kat dinda, mula-mula niat nak wat kerutub daging, tapi penganjur nak resepi rendang je. So apalagi, dengan kepakaran yang ada, dinda dengan senang hati telah merekacipta rendang yang tak pernah orang buat, iaitu Rendang Daging Nur Iris. Bahan dan bacaan yang betul ialah "Rendang-Daging" "Nur-Iris", bukan "Rendang" "Daging-Nur-Iris". So nur iris tidak tercedera dalam penyediaan rendang tersebut. Hehe....
Daripada hiasan, memang dinda berbakat, cantik dan kemas hiasan yang dibuat. Tak tau bila dinda beli lemon. Rendang pun sedap, macam orang pro buat. Syukur, usaha dinda berhasil kerana DAPAT HADIAH!!! Tupperware, hadiah saguhati muahahhaahha!!!
Takpe, nanti cuba lagi sayang ye....
Noted : Hampir 8 jam masa dihabiskan untuk dinda menyediakan rendang. Jenuh kanda kena dodoi iris...
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)