Friday, March 26, 2010

Iris's Toys Arrived!!!



Sempena sambutan kelahiran Iris ke 3 bulan, kami belikan set toys picit-picit kuar bunyik pret pret pret untuk iris kat mikibabyland, bundhead (kepala batas). Gembira betul dia (agak je la)... Iris dah pandai pegang, dah pandai gigit... jgn telan sudah...

Ni ha... ada seahorse, ada tortoise, ada anjing laut, ada frog, ada duck dan ada mr. crab. Favourite iris ialah duck, sbb comel.

Bonda iris selalu picit2 duck sblm iris tido.Puas ati betul beli mainan untuk anak ni. Biarla aku tak leh pakai Honda EK pun, dapat beli mainan kat iris dah sangat gumbira. Tak la mahal sgt, RM4.50 je 1 set tu. Ada lagi yg mahal, tapi belum mampu.

Paling berkenan toy gantung2 pusing2 yang plannya nk gantung kat seat bucket iris (nak beli bedroom set, lambat lagi kot, byr hutang dulu walaupun tidak dituntut). Mesti iris seronok, tgk toys gerak2 kuar bunyi bell kting-kting msa pusing. Nanti cukup duit ayahanda beli ye syg.
Tapi paling mengidam ialah nak belikan iris buku mewarna, carta mengenal huruf, colour, shape, basic stuff at home, occupation dan opposite. Cuma belum sampai masanya lagi. Iris kan kecik lagi sayang. Nanti iris besar, akan aku tampalkan penuh kat dinding. Biar cat pink umah tak nampak, nampak chart utk iris baca je. Mampuih pi la tuan umah nak cakap apa. Dan aku akan pastikan semua in english, agar tak jadi kolot mcm ayahanda dia tak reti speaking elok2. Pikir2, amatlah rugi tak reti english. Moral aku msa study kat intec uitm dulu jadi down kerana lemah english. Yang aku tau, "i love u" dan "can we race together-gether?". So aku nak pastikan iris boleh speaking besar nanti. hehhehehee....

Teringat aku peristiwa masa aku umo 8 tahun kalau tak silap. Aku mengamuk kat abah, nak beli mainan ada stereng kete, ada gear, ada skrin. Rege dalam RM80 kot. Dari pukul 9 mlm hingga shopping complex (Pantai Timur, KB) nak tutup, siap dah tutup gril, abah dan mak ugut nak tggl, tunggu dalam kete, aku masih di situ gak, tak berganjak walau setapak pun. ada la dalam setengah jam aku sorg diri. aku nak gak mainan tu, minat kete punya pasal. aku nak gak, aku nak gak!!! Abah tarik, aku nangis, lompat2. Masa tu dah pukul 11 mlm, aku sorg je "customer" bengong yg ada dlm tu. Memang havoc gila masa tu. Nak tak nak, demi untuk anak sulung kesayangan, abah belikan jugak. Memang kamikaze betul aku time tu. Sekarang ni, baru terlintas, cian betul kat abah, mungkin abah tak de duit masa tu (gaji awal mungkin?). Tapi yang paling sadis, sampai je umah, terus main stereng tu, dan tak sampai 2 jam, gear dia patah... damn!!!!!


Dan mcm biasa, mcm artikel sebelum ni, lepas beli hadiah, hari yg sama pegi brekpess kat McD, iris kena cucuk 3 bulan, sampai umah, baru tingat, apakata kalau kita namakan toys ini...

HADIAH BIRTHDAY IRIS YANG KE 3 BULAN!!!
YEAAAAA!!!!!!

*** tapi iris tak leh celen ayahanda. ayahanda ada mainan LEBIH 4 kotak besar (kotak TV) masa kecik dulu, nenda iris buang gitu je dlm sungai. anak sulung, cucu sulung katakan hehehehe...

Wednesday, March 24, 2010

"3 Months Old" Celebration For My Princess


Syukur, sedar tak sedar, iris dah berumur 3 bulan, cukup 3 bulan pada Selasa, 23 Mac 2010. Selama 3 bulan itu, hidup kami sekeluarga disinari kegembiraan dengan kehadiran iris. Syukur tak terhingga. Tiada kegembiraan yang sebanding dengan menimang cahaya mata, dan membina keluarga bersama isteri tersayang, Wan Azwati. Tidak pernah aku kesalkan mempertaruhkan minat ku pada kereta dengan kegembiraan membina keluarga seperti ini. Malah ia jauh lebih berbaloi....

Selama 3 bulan itu juga, hidup kami ceria, girang, dan segala masalah dibiarkan berlalu. Syukur, selama itu, iris sihat, tiada sebarang masalah, tidak menangis atau merengek panjang, selalu senyum, menjadi anak yang baik, tiada masalah dalam perjalanan jauh balik ke kampung, dan keperluan iris alhamdulillah masih boleh dipenuhi. Sayang sungguh kami pada iris. Isteri ku tidak pernah berhenti membelai iris. Sampaikan tawaran "kerja sementara" ditolaknya, kerana tak sanggup tgk iris di bawah jagaan orang lain. Thanks dinda....

Sebenarnya, dah lama kami suami isteri kempunan breakfast kat McD. Punya la galak iklan dalam TV, tapi kami mampu tgk aje. Tunggu punya tunggu, gaji makin lambat datang rasanya. Lagipun, breakfast tu hanya pada weekdays aje, bukan weekend. So, nak tak nak, aku kena cuti. Kebetulan pada 23hb tu, iris kena cucuk, utk 3 bulan punya. So, aku terus ambik cuti tahunan, demi nk luangkan sepenuh hari bersama anak dan isteri tersayang, kerana aku tau, mesti iris demam lepas kena cucuk, sama macam cucuk 2 bulan dulu.



Lalu, kami merancang satu 'kerja jahat'.

Dinda : Kanda, apakata kita gi brekpess kat McD dulu. Dinda terliur sgt ni... lagi pun, ni je ari kanda cuti.


Kanda : (Konpius sebentar kerana bini "terliur" @ mengidam, padahal belum cukup 100 ari lagi) Hmm... ok gak tu. Pagi kita bangun awal, buat sandwich, anta kat opis, pastu kita gi McD, pastu baru gi anta iris klinik. Ok tak dinda?

 Dinda : Ok la tu. Lagi pun, gi awal klinik, ramai orang. Baik kita gi tengahari. Lepas brekpess tu..



Kanda : Tapi uwangnya mana? Belum gaji lagi. Boh minyak kete pun tak lepas...

Dinda : Kita pakai duit iris dulu... nanti kita bayar la...


Kanda : Ok, nanti gaji bulan ni kanda bayar (bukan bulan, tapi bulan-bulan malah makan tahun baru kanda boleh bayar kekekekeke)

Maka, ke McD lah kami pagi tu... oder punya order, dapatla menu mcm gambar tu... bocor RM20 duit iris.... padahal iris takleh makan pun.... sedap la gak. tapi still tak berbaloi ngn rege.... klu brekpess kat kedai depan umah, RM1.50x2 bungkus nasi lemak baru RM3.. ceh.... tapi takpe la.... terliur punya pasal, terutama kat pie tu. Iris, macam biasa, tak wat hal, sekali sekala je merengek manja...
Kami makan habis habisan.... Orang ramai gak la....
kaya orang penang nih, pagi2 makan McD. Utang duit anak apa!!!
hahaaaa. Kopi ngn tea boleh refill free.









Pastu, gi basuh kete. Dah lebih 4 bulan tak basuh.
 Pastu baru gi klinik. Iris kena cucuk lagi. Cian iris...

BALIK UMAH, BARU TINGAT, TADI KITA GI MAKAN MC'D, ARINI IRIS KENA CUCUK 3 BULAN. APAKATA KALAU KITA NAMA HARI NI...


HARI MENYAMBUT KELAHIRAN IRIS KE 3 BULAN!!!!
YEAAAAAA!!!!!

Thursday, March 11, 2010

Rushing To Perlis & Kedai Tahik!

Wow... mmg rushing betul aritu, Ahad 07 Mac 2010. Sepatutnya kena keja, standby tunggu kontraktor pasang perabot. Baru je amik kunci, dapat call dari Kak Lang, mintak datang amik kat UiTM Arau sebab terkandas bas. Bagi balik kunci kat guard, balik umah, amik isteri dan iris, terus cabot ke sana, demi adik tersayang. Sambil bawa isteri ngn iris jalan2.. bila lg diorg nk sampai ke Perlis... hehhehe... cian iris, panas2 pun kena ikut... nanti ada rezeki, ayahanda tinted kete buruk tu ye syg....

Iris anak yang cerdik, msa hulur dia tgh panas, terus pejam mata... pandai dia jaga mata...

Ni haa.  bukti kami masuk U... skali ngn Iris masuk U.. kecik2 lagi iris dah masuk U... esok blaja pandai2 ye sayang...


Lepas tu... nak balik pun awal lagi.. dok konpius.. apa tempat yang menarik kat Perlis ni. Call Hasrul Kewangan, dia suggest Gua Kelam atau Padang Besaq. Kami ke Padang Besaq, memandangkan takut bawa iris ke tempat2 bergua ni.... org tua2 tak bagi (hmmm...baby orang mesolitik dulu yang lahir dlm gua tu cane ye... ).

Maka bermulalah episod jalan saje2, pastu pusing skit, pastu masuk dalam parking round2 je skit, park kete skit, pastu episod membeli belah... haru betul ngn godaan nafsu membeli ni.. memang menarik la Padang Besar ni. Adala dalam 2 kali ganda Rantau Panjang, 3 kali ganda Pengkalan kubur. rege lebih kurang, tp yang penting, fasiliti dia cun.. nk parking pun mudah, luas... yang tu aku tabik...
Sume yang kami beli tu makanan, lapar punya pasal. Lupa nak beli cenderahati kenangan 1st time jejak kaki kat sana. takpela, lenkali ada rezeki, kami akan pergi lagi. Balik tu, aku ikut jalan Kangar. Memang jauh, tapi saja nak bawa jalan anak bini. Suhu kat situ 38.5C msa tu... panas betul ngn kete tak bertinted ni. Cian iris. Lepas je bandar Kangar, baru kami cari tempat makan, nak lunch, padahal dah pukul 4.30 pm.... kami singgah kedai tepi jalan (tak kan kedai tgh jalan kot) lps bandar Kangar tu. Aku dan isteri makan nasi ayam gulai, dua2 tak abis. Kak Lang oder mihun sup... pun tak abis.. mmg takde selera, tak sedap, bau busuk.... Kak Lang balik, terus sakit perut, sampai malam bertemankan jamban aje. Memang sesuai la kami panggil kedai tu KEDAI TAHIK!!!....

Wednesday, March 10, 2010

1st Official Anniversary - Pizza Hut Sg. Dua

 Sedar tak sedar, dah setahun kami berkahwin, aku bergelar suami, awek menjadi tunang dan menjadi isteri, mempunyai mertua, mempunyai ipar, dan menggalas tanggungjawab yang bertambah besar. Semua itu berlaku dalam masa setahun sahaja... dan paling manis, dalam setahun itu juga, kami dikurniakan seorang cahaya mata, bernama Nur Iris Fanty Insyeera, penyeri hidup kami....sgt comel, dan bertambah cerdik...


Isnin lepas, lepas je keje, kami terus ke Penang, dalam pulau. Kami kawin pada 06.03.2009.. so sepatutnya disambut pada Sabtu 06.03.2010. Tapi  tak leh, sbb keje. Aku kena standy kerja pasang perabot, sampai la malam Ahad. 2 malam, malam minggu, aku balik tengah malam. Kontraktor ni pun satu, lembab semacam. Pasni kompom aku tak bagi keje besar2 dah. Binaweee betul....

Kesian anak bini aku. Tapi nk wat cane, dah nama keje. Lagi pun aku nak claim OT, bukan nak claim cash, tp claim cuti pampasan. Ada anak kecik ni, mana tau perlu cuti urgent...

Masa tu, duit memang tarak. Umpama tin biskut raya, debu aje yang tinggal, tu pun dah masuk angin. Aku pakai je duit aku simpan dalam kete, duit lebih2 nak bayar loan bank islam. Bini tak tau. Takpe la, memang niat aku nak blanja dia piza. Dah lama dia ngidam. Kebetulan adik pompuan kesayangan aku, Kak Lang pun ada. Sebelum Lang naik bas 08.03.2010 malam, kami singgah makan piza kat Sg. 2, dalam pulau.... haaa puassss....



Dengan keadaan aku skg ni, ni je yg aku boleh laburkan, terutama utk adik2. Minta maaf adik2 long sume, long kesempitan. Harap adik2 faham ye, long x dapat jadi abg mcm org lain, boleh blanja adik2 apa aje...

Semua berjalan lancar. Nasib baik Lang ada, boleh jadi jurugambar. Hehe. Pandai Lang amik gambar, aku pun x sangka. Pukul 11 mlm, Lang dah naik bas, ke KL. Selamat jalan auntie... alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kami pulang dengan hati yang gumbira.... Banyak duit tarak guna, ati juga mau senang (tu lah ayat apek mana ntah yang selalu motivate aku... wawawawa)

Tuesday, March 09, 2010

Testing.....



Since i'm a newbie, this post is juz for testing purpose only... hehehehe......