Blog ini, untuk tatapan semua. Semoga ia menjadi bukti perjalanan hidup Fansuri bersama kehidupannya, bersama keluarganya, bersama minatnya, dan bersama segalanya...
Monday, November 08, 2010
10 minutes editing... gitu gitu aje
projek suka suki... edit lagu 150juta. pakai picasa je. x ngam lirik ngn slide bila upload dlm fb. tak tau nape.... nnti ada msa, nk edit pakai pinacle plak.. hehheehe
Saturday, May 29, 2010
Iris 5 Months Old
Hoh Hoh Hoh!!! Iris dah 5 bulan dah....
Perkembangan terbaru 3.30pm 29 Mei 2010, umur Iris 5 bulan 6 hari : Iris dah boleh angkat dada tinggi-tinggi (2 minggu sudah) dan dah boleh angkat punggung. Tunggu masa nak merangkak je. Tak berdebu la lantai umah aku pasni hahahha.....
Tuesday, May 25, 2010
KAIN SUTERA CREPE
Kain Sutera Crepe Untuk Dijual.... Berkualiti, Kain "Sejuk", Dan Sangat Sesuai Untuk Dibuat Beraya.... Sementara Tailor Masih Lagi Menerima Tempahan...
- Pink - 1 nos
- Hitam - 2 nos (HOT!)
- Hijau Lumut - 4 nos
- Perang - 4 nos
- Biru - 1 nos
2. Design B
- Purple - 1 nos
- Perang - 3 nos
- Oren - 2 nos (HOT!)
3. Design C
- Biru Muda - 2 nos (HOT!)
- Hijau Muda - 5 nos
- Kuning - 7 nos
- Oren - 6 nos
CEPAT, SEMENTARA STOK MASIH ADA.
JIKA KEHABISAN STOK, TEMPAHAN DITERIMA, TAPI TAK GERENTI (term & condition apply)
1 helai RM 75
2 helai RM 140
3 helai RM 210
1 helai bayar 2 kali RM 90
Sila hubungi : 019 9391235
Monday, May 17, 2010
LIAT NAK KERJA...
Huaaaa....
Malasnya nak kerja. Baru je balik bercuti dari kampung 5 setengah hari. Ari Rabu lepas, sampai pagi Isnin. Aku masuk kerja halfday hari ni (Isnin).
Kalau nak ikutkan, banyak benda aku nak masukkan cerita dalam blog ni. Tapi aku kena balik awal, sebab nak tolong bini aku kemas rumah. Kesian dia kemas sorang-sorang. Malam ni nak kuar lagi, ada urusan bisnes. Hehehe. Rindu Iris juga. Ntahla, banyak benda perlu dibereskan...
Nanti la senang-senang esok aku update. Antaranya :
a) Roti Canai, Air Free Dan Facebook
b) Kak Lang Bertunang
c) Iris & The New Toys!!! (murah rezeki betul Iris)
byk lagiii....
Chow!
Malasnya nak kerja. Baru je balik bercuti dari kampung 5 setengah hari. Ari Rabu lepas, sampai pagi Isnin. Aku masuk kerja halfday hari ni (Isnin).
Kalau nak ikutkan, banyak benda aku nak masukkan cerita dalam blog ni. Tapi aku kena balik awal, sebab nak tolong bini aku kemas rumah. Kesian dia kemas sorang-sorang. Malam ni nak kuar lagi, ada urusan bisnes. Hehehe. Rindu Iris juga. Ntahla, banyak benda perlu dibereskan...
Nanti la senang-senang esok aku update. Antaranya :
a) Roti Canai, Air Free Dan Facebook
b) Kak Lang Bertunang
c) Iris & The New Toys!!! (murah rezeki betul Iris)
byk lagiii....
Chow!
Thursday, May 06, 2010
PENAAKULAN MANTIK : WELL-JUSTIFICATION or ANOTHER MISCALCULATION???
Di zaman dahulu dan purbakala, ada sebuah cerita, di bawah matahari terpacak atas kepala, juga angin buatan yang sedikit-sedikit sejuk rasanya, di sebuah kawasan yang agak-agak sunyi....
FAKTA KES :
Abu dan Amoi lebih pandai main guli... tetapi Abu dan Amoi tak pandai main dadu.
KES 1
Ali akan dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Amoi), dan Abu akan dapat 1 bola + 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi) .... masing-masing akan tambah 1 hasil PEMBAHAGIAN barang Amoi.
KES 2
Abu tak pandai main dadu, so Ali tak boleh bagi dadu kat Abu. Oleh itu Ali akan dapat 1 bola + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi) + 1 dadu. Abu dapat 1 guli biru + 1 guli merah (dari Ali) + 1 guli biru (dari Amoi)
KES 3
Ali dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi), dan Abu dapat 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi).
Setujukah anda, jika pendeta di zaman itu mengistilahkan :
1. KES 1 = PEMBAHAGIAN
2. KES 2 = KONTRA/KONGSI
3. KES 3 = TAMBAHAN/KURANGAN
Jika anda tidak setuju, sila berikan alasan dan hujah.
REALITI
Perkara yang benar-benar berlaku selepas "PEMBAHAGIAN" itu ialah KES 3, di mana...
KES 1 = tidak berlaku
KES 2 = juga tidak berlaku
Maka, Ali bawa 5 barang + 2 kg beg, Abu bawa 2 barang + 1 kg beg...
AKIBAT :
1. Ahmad mungkin merasa telah membuat PEMBAHAGIAN, seperti yang dicanangkan
2. Abu lebih fokus main guli (SGT BAGUS), tapi kurang penat kerana main guli je (hmmmmm...)
3. Ali tak boleh tidur malam memikirkan "PEMBAHAGIAN" tersebut, terasa terawang-awangan. "Bodohkan aku?," detik hati beliau
4. Ali dah makin rasa malas nak bawak dan main dadu
5. Ali hanya teringatkan begnya yang mahal seberat 2kg tu je kerana apa-apa cara pun, beg itu perlu diisi. Kalau tak kerana tu, nak aje Ali tukar dengan isian yang lain!!!
PERSOALAN :
1. Jika anda menjadi Ali, apa yang anda rasa?
2. Berapa lama anda dapat bertahan?
3. Bagaimana anda tunjukkan reaksi dan tindakan anda?
4. Bagaimana anda dapat memberi/meluahkan justifikasi sebenar tanpa orang lain beranggapan yang anda tidak berkira?
5. Jika anda menjadi Abu, apa yang anda rasa? Jika anda menjadi Ahmad, apa yang anda rasa?
6. Di mana konsep "PEMBAHAGIAN" seperti yang dicanangkan oleh Ahmad kerana KES 3 yang berlaku?
7. Adakah situasi ini terjadi kerana well-justification, miscalculation, atau kurang arif tentang penaakulan mantik kerana ponteng masa cikgu math mengajar dulu?
- Ahmad, mahukan PEMBAHAGIAN antara Ali, Abu dan Amoi. Diulangi, Ahmad panggil untuk buat PEMBAHAGIAN, katanya. Nak BAHAGIKAN harta Amoi yang telah lama pergi mengembara nun jauh di sana.
- Ali ada 1 biji bola, 1 biji guli merah dan 1 biji dadu. Beg Ali seberat 2kg.
- Abu dan Amoi masing-masing ada 1 biji bola dan 1 biji guli biru.... 2 biji setiap seorang, 7 biji yang terlibat kesemuanya (3 bola, 2 guli biru, 1 guli merah, 1 dadu). Beg Abu dan Amoi berat 1 kilo, dan mungkin kurang.
FAKTA KES :
Abu dan Amoi lebih pandai main guli... tetapi Abu dan Amoi tak pandai main dadu.
Ali akan dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Amoi), dan Abu akan dapat 1 bola + 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi) .... masing-masing akan tambah 1 hasil PEMBAHAGIAN barang Amoi.
Abu tak pandai main dadu, so Ali tak boleh bagi dadu kat Abu. Oleh itu Ali akan dapat 1 bola + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi) + 1 dadu. Abu dapat 1 guli biru + 1 guli merah (dari Ali) + 1 guli biru (dari Amoi)
Ali dapat 1 bola + 1 guli merah + 1 dadu + 1 bola (dari Abu) + 1 bola (dari Amoi), dan Abu dapat 1 guli biru + 1 guli biru (dari Amoi).
2. KES 2 = KONTRA/KONGSI
3. KES 3 = TAMBAHAN/KURANGAN
Perkara yang benar-benar berlaku selepas "PEMBAHAGIAN" itu ialah KES 3, di mana...
KES 1 = tidak berlaku
KES 2 = juga tidak berlaku
1. Ahmad mungkin merasa telah membuat PEMBAHAGIAN, seperti yang dicanangkan
1. Jika anda menjadi Ali, apa yang anda rasa?
Original editor : Fansuri (not quoted from another articel!!!)
Tuesday, May 04, 2010
Hadiah Birthday Iris Ke 4 Bulan
Syukur... dah 4 bulan Iris hadir menemani hidup aku dan keluarga. Oleh kerana hepi sgt, aku belikan hadiah untuk birthday Iris ke 4 bulan... Ni je ayahanda mampu Iris sayang ye...
Syukur, isteriku suka dengan baju yang aku pilih tu... aku pilih sendiri.. brand Baby Gap.... online punya, cari kedai takde.... hehehhe
Hmmm....ada lagik.... 3 pasang stoking, dan 1 teether perisa ikan merah... hehhehe..... selamat mengunyah iris. Semoga cepat tumbuh gigi......
Saturday, May 01, 2010
Rendang Daging Nur Iris
Pada 24 April 2010, isteri ku tercinta, Wan Azwati , telah menyertai pertandingan memasak rendang sempena Hari Komuniti Bandar Putra Bertam. Cian kat dinda, mula-mula niat nak wat kerutub daging, tapi penganjur nak resepi rendang je. So apalagi, dengan kepakaran yang ada, dinda dengan senang hati telah merekacipta rendang yang tak pernah orang buat, iaitu Rendang Daging Nur Iris. Bahan dan bacaan yang betul ialah "Rendang-Daging" "Nur-Iris", bukan "Rendang" "Daging-Nur-Iris". So nur iris tidak tercedera dalam penyediaan rendang tersebut. Hehe....
Daripada hiasan, memang dinda berbakat, cantik dan kemas hiasan yang dibuat. Tak tau bila dinda beli lemon. Rendang pun sedap, macam orang pro buat. Syukur, usaha dinda berhasil kerana DAPAT HADIAH!!! Tupperware, hadiah saguhati muahahhaahha!!!
Takpe, nanti cuba lagi sayang ye....
Noted : Hampir 8 jam masa dihabiskan untuk dinda menyediakan rendang. Jenuh kanda kena dodoi iris...
Tuesday, April 13, 2010
Iris Dah Meniarap!!!
Wahhh... suka hati teramat sangat. Tanggal 09 April 2010, Sabtu jam 8.20 malam, bersamaan umur 3 bulan 15 hari, puteri sulung kami, NUR IRIS FANTY INSYEERA dah boleh MENIARAP!!!... 100% dengan daya usaha iris sendiri.
Penat berkursus memerah otak 2 hari tanpa rehat bagaikan tak terasa. Aku dan isteri gembira bukan kepalang. Kalau boleh nak bagitau orang 1 kampung termasuk ketua kampung. Yahuu!
Detik pertama aku meniarap lebih kurang 26 tahun dulu ada dalam simpanan album kat umah kampung, abah yang merakam detik tersebut, menggunakan kamera analog SLR cap Minolta. Sekarang giliran iris pula... ayahandanya yang rakam menggunakan kamera digital SLR cap Canon. Esok-esok pasti ia menjadi kenangan manis dan bersejarah....
Memang benar, nikmat bermain dengan anak lagi jauh syok berbanding nikmat berkereta Honda EK (mentang-mentang la dah jual)....
Harap-harap aku tak lupa ambik gambar iris dalam setiap detik pembesarannya... nanti iris besar iris nak ikut ayahanda gi keje kan.... hehee...
Dialog dari iris yang sempat dirakam dan difahami.... klik satu-satu kat imej di bawah :
Wednesday, April 07, 2010
KEPANASAN WADUH WADUH!!!
Panas betul skg ni. Suhu di pintu pagar ILP Kepala Batas Penang mencatatkan suhu 39 darjah celcius pada Selasa 6hb dan 40.2 darjah celcius pada Rabu 7hb, lagi panas masa aku di Kangar bulan lepas, 38.5 darjah celcius je. Tinted murah kat cermin kete sudah tak mampu berfungsi. Kepanasan seolah-olah menariktegangkan kulit aku, macam baru lepas kuar spa. Terik sungguh. Even letak kete bawah khemah, enjin idup, ekon idup, masih tetap panas. Waduh, bisa itam kulit ku yang mulus kalau selalu camni.
Ni yang wat aku rasa nak gi Jepun ni hehehheeh.....
Ni yang wat aku rasa nak gi Jepun ni hehehheeh.....
Friday, March 26, 2010
Iris's Toys Arrived!!!
Sempena sambutan kelahiran Iris ke 3 bulan, kami belikan set toys picit-picit kuar bunyik pret pret pret untuk iris kat mikibabyland, bundhead (kepala batas). Gembira betul dia (agak je la)... Iris dah pandai pegang, dah pandai gigit... jgn telan sudah...
Bonda iris selalu picit2 duck sblm iris tido.Puas ati betul beli mainan untuk anak ni. Biarla aku tak leh pakai Honda EK pun, dapat beli mainan kat iris dah sangat gumbira. Tak la mahal sgt, RM4.50 je 1 set tu. Ada lagi yg mahal, tapi belum mampu.
Paling berkenan toy gantung2 pusing2 yang plannya nk gantung kat seat bucket iris (nak beli bedroom set, lambat lagi kot, byr hutang dulu walaupun tidak dituntut). Mesti iris seronok, tgk toys gerak2 kuar bunyi bell kting-kting msa pusing. Nanti cukup duit ayahanda beli ye syg.
Tapi paling mengidam ialah nak belikan iris buku mewarna, carta mengenal huruf, colour, shape, basic stuff at home, occupation dan opposite. Cuma belum sampai masanya lagi. Iris kan kecik lagi sayang. Nanti iris besar, akan aku tampalkan penuh kat dinding. Biar cat pink umah tak nampak, nampak chart utk iris baca je. Mampuih pi la tuan umah nak cakap apa. Dan aku akan pastikan semua in english, agar tak jadi kolot mcm ayahanda dia tak reti speaking elok2. Pikir2, amatlah rugi tak reti english. Moral aku msa study kat intec uitm dulu jadi down kerana lemah english. Yang aku tau, "i love u" dan "can we race together-gether?". So aku nak pastikan iris boleh speaking besar nanti. hehhehehee....
Teringat aku peristiwa masa aku umo 8 tahun kalau tak silap. Aku mengamuk kat abah, nak beli mainan ada stereng kete, ada gear, ada skrin. Rege dalam RM80 kot. Dari pukul 9 mlm hingga shopping complex (Pantai Timur, KB) nak tutup, siap dah tutup gril, abah dan mak ugut nak tggl, tunggu dalam kete, aku masih di situ gak, tak berganjak walau setapak pun. ada la dalam setengah jam aku sorg diri. aku nak gak mainan tu, minat kete punya pasal. aku nak gak, aku nak gak!!! Abah tarik, aku nangis, lompat2. Masa tu dah pukul 11 mlm, aku sorg je "customer" bengong yg ada dlm tu. Memang havoc gila masa tu. Nak tak nak, demi untuk anak sulung kesayangan, abah belikan jugak. Memang kamikaze betul aku time tu. Sekarang ni, baru terlintas, cian betul kat abah, mungkin abah tak de duit masa tu (gaji awal mungkin?). Tapi yang paling sadis, sampai je umah, terus main stereng tu, dan tak sampai 2 jam, gear dia patah... damn!!!!!
Dan mcm biasa, mcm artikel sebelum ni, lepas beli hadiah, hari yg sama pegi brekpess kat McD, iris kena cucuk 3 bulan, sampai umah, baru tingat, apakata kalau kita namakan toys ini...
HADIAH BIRTHDAY IRIS YANG KE 3 BULAN!!!
YEAAAAA!!!!!!
*** tapi iris tak leh celen ayahanda. ayahanda ada mainan LEBIH 4 kotak besar (kotak TV) masa kecik dulu, nenda iris buang gitu je dlm sungai. anak sulung, cucu sulung katakan hehehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)



