Tuesday, April 13, 2010

1+1 = miscalculation ???

Aik... kenape ada 2 pinggan? Biasanya satu... satu kosong, satu ada tanda harga?

Nape ye?

Iris Dah Meniarap!!!



Wahhh... suka hati teramat sangat. Tanggal 09 April 2010, Sabtu jam 8.20 malam, bersamaan umur 3 bulan 15 hari, puteri sulung kami, NUR IRIS FANTY INSYEERA dah boleh MENIARAP!!!... 100% dengan daya usaha iris sendiri.


Penat berkursus memerah otak 2 hari tanpa rehat bagaikan tak terasa. Aku dan isteri gembira bukan kepalang. Kalau boleh nak bagitau orang 1 kampung termasuk ketua kampung. Yahuu! 

Detik pertama aku meniarap lebih kurang 26 tahun dulu ada dalam simpanan album kat umah kampung, abah yang merakam detik tersebut, menggunakan kamera analog SLR cap Minolta. Sekarang giliran iris pula... ayahandanya yang rakam menggunakan kamera digital SLR cap Canon. Esok-esok pasti ia menjadi kenangan manis dan bersejarah....




Iris, macam biasa, jarang sangat merengek. Tegur sikit mesti senyum. Dan selang sehari lepas tu, iaitu hari Ahad 10 April 2010, iris dah pandai tegur orang, dengan gaya bahasa dia sendiri. Orang tegur sikit, mesti mulut muncung, dok sebut "hoh hoh hoh". Aku balas "hoh hoh hoh" gak, dia senyap. Mungkin terdapat masalah pemahaman bahasa kot... hahahaha.. ... lawak betul....



Memang benar, nikmat bermain dengan anak lagi  jauh syok berbanding nikmat berkereta Honda EK (mentang-mentang la dah jual)....


Harap-harap aku tak lupa ambik gambar iris dalam setiap detik pembesarannya... nanti iris besar iris nak ikut ayahanda gi keje kan.... hehee...




Dan mengikut info dari isteri tengahari tadi, sejak iris dah pandai guling sendiri, dah tak mau dok telentang, asyik nak meniarap aje.....







 
Dialog dari iris yang sempat dirakam dan difahami.... klik satu-satu kat imej di bawah :





Wednesday, April 07, 2010

KEPANASAN WADUH WADUH!!!

Panas betul skg ni. Suhu di pintu pagar ILP Kepala Batas Penang mencatatkan suhu 39 darjah celcius pada Selasa 6hb dan 40.2 darjah celcius pada Rabu 7hb, lagi panas masa aku di Kangar bulan lepas, 38.5 darjah celcius je. Tinted murah kat cermin kete sudah tak mampu berfungsi. Kepanasan seolah-olah menariktegangkan kulit aku, macam baru lepas kuar spa. Terik sungguh. Even letak kete bawah khemah, enjin idup, ekon idup, masih tetap panas. Waduh, bisa itam kulit ku yang mulus kalau selalu camni.

Ni yang wat aku rasa nak gi Jepun ni hehehheeh.....