Wahhh... suka hati teramat sangat. Tanggal 09 April 2010, Sabtu jam 8.20 malam, bersamaan umur 3 bulan 15 hari, puteri sulung kami, NUR IRIS FANTY INSYEERA dah boleh MENIARAP!!!... 100% dengan daya usaha iris sendiri.
Penat berkursus memerah otak 2 hari tanpa rehat bagaikan tak terasa. Aku dan isteri gembira bukan kepalang. Kalau boleh nak bagitau orang 1 kampung termasuk ketua kampung. Yahuu!
Detik pertama aku meniarap lebih kurang 26 tahun dulu ada dalam simpanan album kat umah kampung, abah yang merakam detik tersebut, menggunakan kamera analog SLR cap Minolta. Sekarang giliran iris pula... ayahandanya yang rakam menggunakan kamera digital SLR cap Canon. Esok-esok pasti ia menjadi kenangan manis dan bersejarah....
Memang benar, nikmat bermain dengan anak lagi jauh syok berbanding nikmat berkereta Honda EK (mentang-mentang la dah jual)....
Harap-harap aku tak lupa ambik gambar iris dalam setiap detik pembesarannya... nanti iris besar iris nak ikut ayahanda gi keje kan.... hehee...
Dialog dari iris yang sempat dirakam dan difahami.... klik satu-satu kat imej di bawah :
wahhh...iris auntie dh pandai niarap..
ReplyDeletegood girl..
besar nnti jd anak yg baik tau..
nnt kite jmpe ye syg...
miss iris so much...