Wednesday, March 10, 2010

1st Official Anniversary - Pizza Hut Sg. Dua

 Sedar tak sedar, dah setahun kami berkahwin, aku bergelar suami, awek menjadi tunang dan menjadi isteri, mempunyai mertua, mempunyai ipar, dan menggalas tanggungjawab yang bertambah besar. Semua itu berlaku dalam masa setahun sahaja... dan paling manis, dalam setahun itu juga, kami dikurniakan seorang cahaya mata, bernama Nur Iris Fanty Insyeera, penyeri hidup kami....sgt comel, dan bertambah cerdik...


Isnin lepas, lepas je keje, kami terus ke Penang, dalam pulau. Kami kawin pada 06.03.2009.. so sepatutnya disambut pada Sabtu 06.03.2010. Tapi  tak leh, sbb keje. Aku kena standy kerja pasang perabot, sampai la malam Ahad. 2 malam, malam minggu, aku balik tengah malam. Kontraktor ni pun satu, lembab semacam. Pasni kompom aku tak bagi keje besar2 dah. Binaweee betul....

Kesian anak bini aku. Tapi nk wat cane, dah nama keje. Lagi pun aku nak claim OT, bukan nak claim cash, tp claim cuti pampasan. Ada anak kecik ni, mana tau perlu cuti urgent...

Masa tu, duit memang tarak. Umpama tin biskut raya, debu aje yang tinggal, tu pun dah masuk angin. Aku pakai je duit aku simpan dalam kete, duit lebih2 nak bayar loan bank islam. Bini tak tau. Takpe la, memang niat aku nak blanja dia piza. Dah lama dia ngidam. Kebetulan adik pompuan kesayangan aku, Kak Lang pun ada. Sebelum Lang naik bas 08.03.2010 malam, kami singgah makan piza kat Sg. 2, dalam pulau.... haaa puassss....



Dengan keadaan aku skg ni, ni je yg aku boleh laburkan, terutama utk adik2. Minta maaf adik2 long sume, long kesempitan. Harap adik2 faham ye, long x dapat jadi abg mcm org lain, boleh blanja adik2 apa aje...

Semua berjalan lancar. Nasib baik Lang ada, boleh jadi jurugambar. Hehe. Pandai Lang amik gambar, aku pun x sangka. Pukul 11 mlm, Lang dah naik bas, ke KL. Selamat jalan auntie... alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kami pulang dengan hati yang gumbira.... Banyak duit tarak guna, ati juga mau senang (tu lah ayat apek mana ntah yang selalu motivate aku... wawawawa)

1 comment:

juz gv ur comment....