Wednesday, March 24, 2010

"3 Months Old" Celebration For My Princess


Syukur, sedar tak sedar, iris dah berumur 3 bulan, cukup 3 bulan pada Selasa, 23 Mac 2010. Selama 3 bulan itu, hidup kami sekeluarga disinari kegembiraan dengan kehadiran iris. Syukur tak terhingga. Tiada kegembiraan yang sebanding dengan menimang cahaya mata, dan membina keluarga bersama isteri tersayang, Wan Azwati. Tidak pernah aku kesalkan mempertaruhkan minat ku pada kereta dengan kegembiraan membina keluarga seperti ini. Malah ia jauh lebih berbaloi....

Selama 3 bulan itu juga, hidup kami ceria, girang, dan segala masalah dibiarkan berlalu. Syukur, selama itu, iris sihat, tiada sebarang masalah, tidak menangis atau merengek panjang, selalu senyum, menjadi anak yang baik, tiada masalah dalam perjalanan jauh balik ke kampung, dan keperluan iris alhamdulillah masih boleh dipenuhi. Sayang sungguh kami pada iris. Isteri ku tidak pernah berhenti membelai iris. Sampaikan tawaran "kerja sementara" ditolaknya, kerana tak sanggup tgk iris di bawah jagaan orang lain. Thanks dinda....

Sebenarnya, dah lama kami suami isteri kempunan breakfast kat McD. Punya la galak iklan dalam TV, tapi kami mampu tgk aje. Tunggu punya tunggu, gaji makin lambat datang rasanya. Lagipun, breakfast tu hanya pada weekdays aje, bukan weekend. So, nak tak nak, aku kena cuti. Kebetulan pada 23hb tu, iris kena cucuk, utk 3 bulan punya. So, aku terus ambik cuti tahunan, demi nk luangkan sepenuh hari bersama anak dan isteri tersayang, kerana aku tau, mesti iris demam lepas kena cucuk, sama macam cucuk 2 bulan dulu.



Lalu, kami merancang satu 'kerja jahat'.

Dinda : Kanda, apakata kita gi brekpess kat McD dulu. Dinda terliur sgt ni... lagi pun, ni je ari kanda cuti.


Kanda : (Konpius sebentar kerana bini "terliur" @ mengidam, padahal belum cukup 100 ari lagi) Hmm... ok gak tu. Pagi kita bangun awal, buat sandwich, anta kat opis, pastu kita gi McD, pastu baru gi anta iris klinik. Ok tak dinda?

 Dinda : Ok la tu. Lagi pun, gi awal klinik, ramai orang. Baik kita gi tengahari. Lepas brekpess tu..



Kanda : Tapi uwangnya mana? Belum gaji lagi. Boh minyak kete pun tak lepas...

Dinda : Kita pakai duit iris dulu... nanti kita bayar la...


Kanda : Ok, nanti gaji bulan ni kanda bayar (bukan bulan, tapi bulan-bulan malah makan tahun baru kanda boleh bayar kekekekeke)

Maka, ke McD lah kami pagi tu... oder punya order, dapatla menu mcm gambar tu... bocor RM20 duit iris.... padahal iris takleh makan pun.... sedap la gak. tapi still tak berbaloi ngn rege.... klu brekpess kat kedai depan umah, RM1.50x2 bungkus nasi lemak baru RM3.. ceh.... tapi takpe la.... terliur punya pasal, terutama kat pie tu. Iris, macam biasa, tak wat hal, sekali sekala je merengek manja...
Kami makan habis habisan.... Orang ramai gak la....
kaya orang penang nih, pagi2 makan McD. Utang duit anak apa!!!
hahaaaa. Kopi ngn tea boleh refill free.









Pastu, gi basuh kete. Dah lebih 4 bulan tak basuh.
 Pastu baru gi klinik. Iris kena cucuk lagi. Cian iris...

BALIK UMAH, BARU TINGAT, TADI KITA GI MAKAN MC'D, ARINI IRIS KENA CUCUK 3 BULAN. APAKATA KALAU KITA NAMA HARI NI...


HARI MENYAMBUT KELAHIRAN IRIS KE 3 BULAN!!!!
YEAAAAAA!!!!!

4 comments:

  1. wahhh..dh 3 bulan upenye ank buah auntie nih..
    cepatnye masa berlalu..
    iris anak yg baik..anak yg cerdik...anak yang comey...
    syg sgt kt iris...
    tq iris kerana menyempurnakan keluarga yg sedia ada..
    luv u..muah3..

    ReplyDelete
  2. Nak test mende... :D

    Gambar Iris yang 1st tu memang lawala. Supercute!

    ReplyDelete

juz gv ur comment....